Sakitkah sakit? Apa itu sakit . jika mengikut Kamus Dewan Orang Ramai ,  edisi lame kaler biru yang ade kat umah aku , muka surat yang tersirat , baris lurus lajur melintang,  sakit adalah rasa tidak selesa yang amat sangat . Baik, jika dalam bilik aku tak de kipas kerana electric short atau black-out ataupun lektrek putus kerana bencana alam ataupun lupe byr bil..aku akan berasa tidak selesa yang amat sangat kerana kepanasan. Maka adakah itu sakit? Mungkin ya jika aku mengklasifikasikan ia sebagai sakit hati ( haha..cubaan berlelucon ) . Namun, ia tidak dapat mendefinasi kan sakit yang sebenar. Sakit yang dirasai oleh tangan yang terluka kerana selumbar harus tidak sama dengan rasa sakit kerana tertusuk bicara tajam bukan? Jari yang terluka akan membekaskan open tissue that caused the bleeding..tapi ia akan sembuh dalam dua tiga hari... .  Tapi bicara ‘manis’ yang menusuk kalbu bekasnya bertahun-tahun . Kita bisa memaafkan selumbar bisa yang merucuk jari. Namun ada waktunya,  kita tidak sewenangnya mampu untuk memaafkan kata-kata nista yang menusuk hati. Dan Itulah sakit yang sebenar. Apabila kita tidak dapat melupakan kesakitan silam . 
p/s:
Nota kaki untuk kawan-kawan saya . 
Maafkan saya 
Jika bahasa saya menyakitkan telinga ,
Bahasa saya kasar, 
Namun sumpah, saya tiada berniat apa-apa . 
Cuma bergurau 
Membina hari-hari kita.
Maafkan saya 
Jika ucapan saya menyakitkan jiwa . 
Bicara saya mungkin kurang di ajar . 
Mungkin meruntun hati . 
Membuatkan kawan-kawan sedih , marah atau berjauh hati . 
Tegurlah saya 
Jika bicara saya kelihatan melampau . 
Ajarlah saya 
Kerana kita adalah pelajar kehidupan 
sepanjang hayat kita .  
Jangan biarkan saya. 
Berseorangan tanpa teguran
Jika hakikat kebiadapan saya diluar batasan
Jika kawan-kawan biarkan saya,  
Dengan itu, 
Saya akan tahu 
Bahawa kalian 
Tidak sayangkan saya . 
Kerana saya, 
Amat sayangkan kalian,
Mereka yang bernama,
Kawan-kawan saya 
By: shazwanisudirman
Pertama kali pergi Umrah?
                      -
                    
*(kisah umrah dan idea behind bagi yang pertama kali)*
Kisah bermula dengan saya tidak pakai celana dalam, dan sedang lena tidur 
dalam kapal terbang, sia...
1 week ago
 
 

 
 
 
 
 
 
 

No comments:
Post a Comment