"walau ku himpunkan sesalku..bisakah terbuka kalbu"
Bisakah, Datuk Siti Nurhaliza
Lame tak kaler-kaler kan font..
slalunye dull je with black and white
and my entry title je yang kaler orange..
ape yg aku borak nih~~? Haila..aku nih mmg dah putus fius..
by the way ( part 1 )
pagi ini indah..
pagi tadi dah breakfast roti telur dan milo ais..
kenyang .
alhamdulillah.
rezeki ade pagi nie..
aku bersyukur sebab aku masih ade rezeki untuk makan..
aku bersyukur aku masih boleh pilih aku nak makan ape pagi nie..
aku bersyukur aku masih ade wang untuk beli makan yang aku nak makan pagi nie..
alhamdulillah..
by the way (part 2)
aku pg makan dengan yai.
kitorg makn dekat Baqiyat..
sambil makan.. kitorg main teka teki..
ape kejadah tah..
tapi seronok gak la..
gelak-gelak.. pagi -pagi nih..
tenang dan senang..
dan aku juga bersyukur untuk itu..
aku bersyukur aku dapat memulakan hari aku dengan gelak tawa hari ni..
walaupon aku tataw ape yg bakal berlaku di kemudian hari mahupun kemudian jam..
tapi aku bersyukur aku dapat memulakan hari aku dengan baik..
insyaAllah..moga berkekalan sepanjang hari..
by the way ( part 3 )
selesai makan..
kami lepak2 kejap..sambil nk habeskan air and tengok berita pagi dekat bernama tv..
cte politik pasal Karpal Singh.. Ir Nizar dan Sultan Azlan..
aku takut tgk kekecohan politik Perak..
Kedudukan orang Melayu selalu diperlekeh..
naseb baik Allah takdirkan kekecohan itu di Perak..
sekurang-kurangnya Sultan Azlan dan Raja Nazrin..
bijak.. berpendidikan dan sentiasa berusaha menjaga kepentingan
orang MELAYU..
alhamdulillah untuk itu juga..
harap-harap kekecohan itu akan surut..
dan Malaysia kan kembali aman seperti dulu..
insyaAllah..
Aku bersyukur kerana aku ditakdirkan lahir di Malaysia ..
dapat makan makanan yang berkhasiat dan bersih..
mungkin..tidak seperti sesetengah remaja Islam Palestin yg sebaya denganku di sana..
entah ape yg mereka makan.. entah lalu atau tidak mahu makan..
apabila setiap kali hendak menyuap mulut..
terlintas bayangan ayah dipalu M16 tanpa henti..
aku dapat memulakan hidup dengan gelak ketawa
mungkin tidak seperti remaja Islam yang sebaya ku di Palestin..
setiap hari memulakan hidup dengan linangan air hangat dari bibir mata..
kerana terbayangkan bagaimana tenangnya nafas Ibu
tatkala hembusan terakhirnya kerana bedilan bom liar..
Aku bersyukur kemelut politik di Malaysia tidak sedahsyat di Palestin..
tidak sampai berperang..
berkorban nyawa..
kita masih bebas ke sana ke mari..
tanpa melihat FRU dan polis di mana- mana..
kita masih boleh duduk semeja dengan berlainan bangsa.
makan-makan.. berbual-bual..dan bergelak ketawa..
menuntut ilmu ataupun sekadar bersantai..
berkongsi budaya , adat resam dan pemikiran..
aku juga bersyukur untuk itu..
pagi ini indah.. tapi hatiku sayu..
sayu dalam konteks..
aku terharu.. besarnya rahmat Allah
ke atas masyarakat Melayu-Islam Malaysia..
Aku tak dapat bayangkan jika Allah menguji
Malaysia seperti ujian yang diturunkan ke atas
umat Islam Palestin
Mungkin kita tidak sekuat mereka.. sebab itu Allah tak turunkan ujian sebegitu untuk kita..
sekadar menjadi pengajaran..
Besarnya Kasih Sayang Allah..
Allahu Akbar !
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..(AlBaqarah;286) "
Istighasah, boleh ke tak?
-
Tengok ada ulamak berbeza pendapat, ada yang tafsir syirik sebab minta
dengan orang mati, ada yang kata tak syirik, sebab bukan minta pada orang
mati, ta...
2 days ago
No comments:
Post a Comment