"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKU" - Hadis Qudsi

Thursday, December 29, 2011

Rumah untukku di syurga

Cara bertengkar yang positif

Rasulullah kata " Sesiapa yang meniggalkan perdebatan, sedangkan dia berada dipihak yanng benar, di bina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga" ( Riwayat Anas bin Malik)

Tips (mainly for married couple, but actually, think, it applies to all as well)

1. Jgn terlampau banyak bercakap
2. jgn menyebut kelemahan pihak lawan
3. Jgn membalas perbuatanya
4. Jgn cuba mengubah pasangan
5. Fokus pada masalah
6. Jgn tinggikan suara
7. Guna panggilan manja pasangan
8. Jgn emosional
9. Guna perkataan yang baik
10. Jgn bertengkar di tempat makan & tempat tidur
11. Dgr luahan pasangan
12. Jgn bergaduh depan anak
13. Bersabar
14. Say no to 3rd party
15. Mengalah bukan kalah
16. Jgn keluar rumah before settle
17. Peluk
18. bermaafan.

Sabda Rasulullah : Bukan orang mukmin seorang 1. pencela 2. pengutuk 3. pengkeji 4. bercakap kotor

Thursday, September 8, 2011

Salam Aidilfitri 1432Hijr

Setahun tak update blog aku nie!

Ape hal?!!!!

Ok tipu kalo aku kate aku bz tahap petala kelapan. Tipu jugak kalo aku kate tak de internet connection whatsoever.

Hakikatnye. Tiap kali aku nk taip aku stuck. Writers block org kate. Padahal aku tahu.. aku kalo start tulis je.. haa camni laa.. dah empat paragraph tiba-tiba..

Tapi kosong! Kosong!

Aku tak nak tulis kosong. Tak ade manfaat bila org baca.

So, after this. I might just want to share things I read.

Yes, ive been reading alot this past year. And i met few blogs that worth sharing. Sharing is caring. Aku nk jugak tanam saham akhirat. teehee (^_^!)v.

It wud be mere a copy & paste thingy..( with acknowledgement of coz.. Plagiarizing is a no-no ok people! ) . Take it as a note for me, for us.. as a reminder..

Yes, i do believe that, people did not need to be informed much..but they need to be reminded.

So, folks.. harap memberi manfaat kepada saya dan y'all yah?!
Mari menjadi different!
Mari sebarkan the truth and true Islam.

and owh ye..
Today is 10 Syawal 1432Hijr

Selamat Hari Raya!

Tuesday, January 4, 2011

Allah membeli amal?

Allah bagi free je semua nikmat2Nya. Bila Allah suruh kita jalankan tanggungjawab sebagai hambaNya..Allah siap bayar lagi..ok?~~

Tak nampak lagi ke kasih sayang ALLAH??

" Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan mereka syurga..(AtTaubah:111)"

"Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kau dustakan? (ArRahman:13)"

Allah bagi kita nikmat melimpah ruah.

Udara free.
Hirup la sebanyak mana pun.
Kalau la Allah suruh kita bayar 1/10 sen sekali sedut..ha! macam mana?
Kalau manusia, Oxygen tank tu kalo sekali beli mahu RM5K tak kurang.
Tak payah la mimpi nak makan KFC. Dapat makan nasi sehari sekali pun dah mewah.

Jantung yang Allah benarkan berdegup sendiri tak payah kawal.
Kalo kne beli mesin nak gerakkan jantung supaya darah kita boleh mengalir sendiri..sepuluh tahun la manusia tak beli baju baru.

Ni belum lagi nikmat
Mata.
Telinga.
Mulut.
Akal.
Tu yang basic.
Belum lagi nikmat
Dapat belajar.
Dapat berfikir secara waras.
Dapat hidup sihat dan selamat.
Dapat makan sedap2.
Kalau tak sedap. Siap boleh complaint lagi.

SubhanAllah!!
Besarnya gaji.. Mewahnya hidup sebagai Khalifah Allah.

Sebagai tukaran,
Allah hanya suruh kita taat beribadah je dengan Dia dan berdakwah sebarkan kebaikan dan Islam.
Ingat free??
Allah beli jugak ok...
Allah pay dengan pahala. Allah janjikan Syurga. Apa lagi nak?

Allah suruh solat.
Itupun 5 kali je sehari. Siap bagi macam2 ruksah kalau susah.
kalo buat sunat dapat extra payment lagi!
Hatta, kalo baca extra surah walaupun surah AlKautsar yang 3 ayat tu je pon dah dapat pahala.
Kalo berjemaah payment ganda 27 ..27 ok!!!!!!

Allah suruh puasa dalam bulan Ramadhan lagi la....
Siap Allah boleh bagi keampunan..
Kalau buat amal sikit ganda 10 kali payment..
Kalo dapat jumpa Lailatul Qadar..
Subhanallah...... Melimpah ruah pahalanye..
Kalau gaji, memang tak habis makan sepanjang hayat.

Maka kenapa kita masih tak nampak?
Kenapa kita masih dustakan?
Kenapa kita tak usaha nak kejar?
Kenapa kita masih duduk bergoyag kaki
Sedangkan Allah nampak sangat macam saja2 nak bagi pahala kat kita
Khalifahnya..
Nampak sangat sayangnya Allah kat kita..
Kenapa kita masih tak mampu balas kasih sayang Allah..
Kenapa mata kita masih dikaburi nikmat dunia.

Tugas kita apa sebenarnya kat dunia?
Seriously! Adakah kita hidup kat dunia ini semata2 nak jadi seorang yang agung, seorang yang hebat di dunia, Lepas itu mati dan mereput jadi baja??
Mana2 manusia yang berfikir waras akan terfikir dan mencari kebenaran.

Manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna.
System badan yang perfect yang diakui dunia.
Untuk apa akhirnya?? Jadi baja??
No!
Kita bukan dilahirkan untuk sekadar seorang doktor yang kerja 6 hari seminggu sampai mati.
Bukan sekadar seorang guru yang pagi megajar, malam bukak kelas tuisyen sampai mati.
Bukan sekadar seorang penulis buku best-seller yang dapat royalti sampai mati.
Bukan!
Itu semua sebenarnya adalah medium. Tools dan kekuatan kita yang kita boleh gunakan untuk berdakwah.

Ini tugas kita:

"Dan ingatlah ketika Tuhan-mu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi..(AlBaqarah:30)"

"Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu..(AthThur:56)"

KHALIFAH & ABID ALLAH!