"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKU" - Hadis Qudsi

Saturday, January 31, 2009

di dalam bilik gelap..aku tekun menaip picisan ini..--serius adalah picisan semata..tiada extra tods mahu dikongsi..

hari ini( sabtu 31.01.09) aku sudah sampai rumah sewa aku kat pantai dalam .. walau cuti CYN dan mid sem masih berbekas dua hari lagi kerana cuti ganti untuk hari wilayah..tapi hari ini aku sudah terpacak di sini..

pulang2.. rumah sunyi sepi.. standard - kerana ahli2 rumah yang bekerja masih di tempat kerja.. jam pada tika itu sekitar 5.30 petang,,

owh..lupa mahu mention..mereka bukan bekeja office hour..sebab itu sabtu juga mereka bekerja..

naik ditingkat atas..tati sedang lena.. tadi sebelum sampai dirumah .. ade ber SMS dengan dia.. katanya demam..mungkin sebab itu bila kau pulang dia sdg lena.. method lama untuk rejoice and rejuvenate cell2 mati yang terdestroye kerana viruz fever..

masuk bilik..letak beg..dan lepak atas katil.. serius bosan dan tatau nak buat ape..

fresh up.. solat asar dan belek magazine Al-Islam yang aku baru beli..

2 minit.. tutup magazine.. bosan masih..

usai solat maghrib.. taty dtg bilik..

tanya aku nk makan atau tidak..

suara dia serak2 sengau.. kesan fever kot.. tapi masih berhati baik mahu caring..

aku refuse..sebab sebelom sampai rumah, aku nak soru ngn adik2 aku kat gerai nasi lemak sebelh Hotel Ancasa sebelah Puduraya.. lagipon taty macam tak sehat jer ( apa yg kau fikir,wani..taty kan ke demam..).. die pon tak nak makan..so,kire kes close.

tapi die bagitaw yg die dah beli broadband celcom yg kami bincang hari tu..

happy gak mase tuh.. sebab sem nie byk assigment bk gne tenet.. byr kat cc sejam dua ringgit pon bengkok gak.. kalau pg library.. kne kuar pagi2..sebab cc library penoh memanjang..

kami kongsi 3 org.. sebulan byr 22.70 cmtu..okelah..
still dalam kemampuan..kalo pg cc pon dua belas kali log in sudah 22 ringgit jugak..
fair enuf.. seringgit sehari la menabung kalau tak nak rs beban..seringgit sehari..masih mampu dilunaskan..

so, hopefully.. aku dapat la update blog aku dgn kekerapan berganda.. *tersenyum*

juga dapat membaca blog yg bes dgn kekerapan berganda..

td bukak page aja..jumpe fynn jamal ponya blog..very interesting and such a leisure-deep kinda blog..dari dia..jumpa russel peters pulak..adoyai..

tis entry may be kinda 'empty'.. totally agree kerana aku tidak mempunyai nampak kewajaran ber-isu..

cuma mengisi malam2 sepi aku setelah taty lena tidur da aku sudah tidak tahan bergelak ketawa bersama russel peters di youtube..

*yawning*

menguap pula.. penat..maybe i shud call it a nite..

good nite guys;D

salam..

Friday, January 30, 2009

Purest of pain : Ketulinan sebuah kesakitan

Sakitkah sakit? Apa itu sakit . jika mengikut Kamus Dewan Orang Ramai , edisi lame kaler biru yang ade kat umah aku , muka surat yang tersirat , baris lurus lajur melintang, sakit adalah rasa tidak selesa yang amat sangat . Baik, jika dalam bilik aku tak de kipas kerana electric short atau black-out ataupun lektrek putus kerana bencana alam ataupun lupe byr bil..aku akan berasa tidak selesa yang amat sangat kerana kepanasan. Maka adakah itu sakit? Mungkin ya jika aku mengklasifikasikan ia sebagai sakit hati ( haha..cubaan berlelucon ) . Namun, ia tidak dapat mendefinasi kan sakit yang sebenar. Sakit yang dirasai oleh tangan yang terluka kerana selumbar harus tidak sama dengan rasa sakit kerana tertusuk bicara tajam bukan? Jari yang terluka akan membekaskan open tissue that caused the bleeding..tapi ia akan sembuh dalam dua tiga hari... . Tapi bicara ‘manis’ yang menusuk kalbu bekasnya bertahun-tahun . Kita bisa memaafkan selumbar bisa yang merucuk jari. Namun ada waktunya, kita tidak sewenangnya mampu untuk memaafkan kata-kata nista yang menusuk hati. Dan Itulah sakit yang sebenar. Apabila kita tidak dapat melupakan kesakitan silam .

p/s:

Nota kaki untuk kawan-kawan saya .

Maafkan saya
Jika bahasa saya menyakitkan telinga ,
Bahasa saya kasar,
Namun sumpah, saya tiada berniat apa-apa .
Cuma bergurau
Membina hari-hari kita.

Maafkan saya
Jika ucapan saya menyakitkan jiwa .
Bicara saya mungkin kurang di ajar .
Mungkin meruntun hati .
Membuatkan kawan-kawan sedih , marah atau berjauh hati .
Tegurlah saya
Jika bicara saya kelihatan melampau .
Ajarlah saya
Kerana kita adalah pelajar kehidupan
sepanjang hayat kita .

Jangan biarkan saya.
Berseorangan tanpa teguran
Jika hakikat kebiadapan saya diluar batasan
Jika kawan-kawan biarkan saya,
Dengan itu,
Saya akan tahu
Bahawa kalian
Tidak sayangkan saya .

Kerana saya,
Amat sayangkan kalian,
Mereka yang bernama,
Kawan-kawan saya

By: shazwanisudirman