"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKU" - Hadis Qudsi

Friday, November 2, 2012

Assalmualaikum.

Lama dah tak update..

Ok, this time. No excuses. What ever it is , the fact still lays at 'Im not updating any tods for the past hurm.. 11 moths.."

Right!

I wish to share this songs. 
It is a beautiful song and i fell in love with it each and every time i listen to it. 


Kita boleh dgr lagu. Tapi kan lebih beruntung kalau kita boleh dgr sesuatu yang boleh dekatkan kita atau ingatkan kita pada Allah.

Betul tak? 

Jumpa lagi, inshaAllah ! 

*Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu. Dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta*



Thursday, December 29, 2011

Rumah untukku di syurga

Cara bertengkar yang positif

Rasulullah kata " Sesiapa yang meniggalkan perdebatan, sedangkan dia berada dipihak yanng benar, di bina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga" ( Riwayat Anas bin Malik)

Tips (mainly for married couple, but actually, think, it applies to all as well)

1. Jgn terlampau banyak bercakap
2. jgn menyebut kelemahan pihak lawan
3. Jgn membalas perbuatanya
4. Jgn cuba mengubah pasangan
5. Fokus pada masalah
6. Jgn tinggikan suara
7. Guna panggilan manja pasangan
8. Jgn emosional
9. Guna perkataan yang baik
10. Jgn bertengkar di tempat makan & tempat tidur
11. Dgr luahan pasangan
12. Jgn bergaduh depan anak
13. Bersabar
14. Say no to 3rd party
15. Mengalah bukan kalah
16. Jgn keluar rumah before settle
17. Peluk
18. bermaafan.

Sabda Rasulullah : Bukan orang mukmin seorang 1. pencela 2. pengutuk 3. pengkeji 4. bercakap kotor

Thursday, September 8, 2011

Salam Aidilfitri 1432Hijr

Setahun tak update blog aku nie!

Ape hal?!!!!

Ok tipu kalo aku kate aku bz tahap petala kelapan. Tipu jugak kalo aku kate tak de internet connection whatsoever.

Hakikatnye. Tiap kali aku nk taip aku stuck. Writers block org kate. Padahal aku tahu.. aku kalo start tulis je.. haa camni laa.. dah empat paragraph tiba-tiba..

Tapi kosong! Kosong!

Aku tak nak tulis kosong. Tak ade manfaat bila org baca.

So, after this. I might just want to share things I read.

Yes, ive been reading alot this past year. And i met few blogs that worth sharing. Sharing is caring. Aku nk jugak tanam saham akhirat. teehee (^_^!)v.

It wud be mere a copy & paste thingy..( with acknowledgement of coz.. Plagiarizing is a no-no ok people! ) . Take it as a note for me, for us.. as a reminder..

Yes, i do believe that, people did not need to be informed much..but they need to be reminded.

So, folks.. harap memberi manfaat kepada saya dan y'all yah?!
Mari menjadi different!
Mari sebarkan the truth and true Islam.

and owh ye..
Today is 10 Syawal 1432Hijr

Selamat Hari Raya!

Tuesday, January 4, 2011

Allah membeli amal?

Allah bagi free je semua nikmat2Nya. Bila Allah suruh kita jalankan tanggungjawab sebagai hambaNya..Allah siap bayar lagi..ok?~~

Tak nampak lagi ke kasih sayang ALLAH??

" Sesungguhnya Allah membeli dari orang2 Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan mereka syurga..(AtTaubah:111)"

"Maka nikmat TuhanMu yang manakah yang kau dustakan? (ArRahman:13)"

Allah bagi kita nikmat melimpah ruah.

Udara free.
Hirup la sebanyak mana pun.
Kalau la Allah suruh kita bayar 1/10 sen sekali sedut..ha! macam mana?
Kalau manusia, Oxygen tank tu kalo sekali beli mahu RM5K tak kurang.
Tak payah la mimpi nak makan KFC. Dapat makan nasi sehari sekali pun dah mewah.

Jantung yang Allah benarkan berdegup sendiri tak payah kawal.
Kalo kne beli mesin nak gerakkan jantung supaya darah kita boleh mengalir sendiri..sepuluh tahun la manusia tak beli baju baru.

Ni belum lagi nikmat
Mata.
Telinga.
Mulut.
Akal.
Tu yang basic.
Belum lagi nikmat
Dapat belajar.
Dapat berfikir secara waras.
Dapat hidup sihat dan selamat.
Dapat makan sedap2.
Kalau tak sedap. Siap boleh complaint lagi.

SubhanAllah!!
Besarnya gaji.. Mewahnya hidup sebagai Khalifah Allah.

Sebagai tukaran,
Allah hanya suruh kita taat beribadah je dengan Dia dan berdakwah sebarkan kebaikan dan Islam.
Ingat free??
Allah beli jugak ok...
Allah pay dengan pahala. Allah janjikan Syurga. Apa lagi nak?

Allah suruh solat.
Itupun 5 kali je sehari. Siap bagi macam2 ruksah kalau susah.
kalo buat sunat dapat extra payment lagi!
Hatta, kalo baca extra surah walaupun surah AlKautsar yang 3 ayat tu je pon dah dapat pahala.
Kalo berjemaah payment ganda 27 ..27 ok!!!!!!

Allah suruh puasa dalam bulan Ramadhan lagi la....
Siap Allah boleh bagi keampunan..
Kalau buat amal sikit ganda 10 kali payment..
Kalo dapat jumpa Lailatul Qadar..
Subhanallah...... Melimpah ruah pahalanye..
Kalau gaji, memang tak habis makan sepanjang hayat.

Maka kenapa kita masih tak nampak?
Kenapa kita masih dustakan?
Kenapa kita tak usaha nak kejar?
Kenapa kita masih duduk bergoyag kaki
Sedangkan Allah nampak sangat macam saja2 nak bagi pahala kat kita
Khalifahnya..
Nampak sangat sayangnya Allah kat kita..
Kenapa kita masih tak mampu balas kasih sayang Allah..
Kenapa mata kita masih dikaburi nikmat dunia.

Tugas kita apa sebenarnya kat dunia?
Seriously! Adakah kita hidup kat dunia ini semata2 nak jadi seorang yang agung, seorang yang hebat di dunia, Lepas itu mati dan mereput jadi baja??
Mana2 manusia yang berfikir waras akan terfikir dan mencari kebenaran.

Manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna.
System badan yang perfect yang diakui dunia.
Untuk apa akhirnya?? Jadi baja??
No!
Kita bukan dilahirkan untuk sekadar seorang doktor yang kerja 6 hari seminggu sampai mati.
Bukan sekadar seorang guru yang pagi megajar, malam bukak kelas tuisyen sampai mati.
Bukan sekadar seorang penulis buku best-seller yang dapat royalti sampai mati.
Bukan!
Itu semua sebenarnya adalah medium. Tools dan kekuatan kita yang kita boleh gunakan untuk berdakwah.

Ini tugas kita:

"Dan ingatlah ketika Tuhan-mu berfirman kepada malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi..(AlBaqarah:30)"

"Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu..(AthThur:56)"

KHALIFAH & ABID ALLAH!

Tuesday, December 28, 2010

Perasaan cukup

Paling mahal kepuasan yang satu2 manusia boleh dapat adalah
Perasaan Cukup
Mencukupi
"what i have now is enough. Alhamdulillah"

Senang ke ko ingat nak dapat perasaan macam tu??

Orang kaya boleh la rasa cukup~

Yeke?

Is it apply to org kaya2 sahaja?
No!

Ko boleh jadi kaya dan kau masih lagi ada perasaan tidak cukup
maka kau start buat side2 income, buat business, sampai sibuk gile hari2 kau,
sampai tak de masa nak solat maghrib dekat masjid, sampai kau takde masa even nak dinner dengan family kau,
semata2 nak rasa Perasaan Cukup itu
dan akhirnya, kau still tak dapat rasa itu.


Dan kau boleh jadi seorang penyapu sampah hari2,
Tapi kau msih boleh sekolahkan anak kau, masih boleh pergi masjid sembahyang jemaah 5 waktu dan kau masih boleh makan malam satu keluarga walaupun berlaukkan sepat masin goreng berulam sayur kangkung masak belacan.
Dan kau rasa cukup.

Perasaan Cukup itulah tandanya rezeki kau yang cari ada berkahnya.
Ada redhanya dari Allah.
Maka beruntunglah mereka yang rezekinya diberkati dan diredhai Allah.
Hidup kau rasa tenang
Dan
Tenang itu mahal!

Wednesday, September 8, 2010

Hv a Blissful and Blast HARI RAYA y'all !!!

PANIK!!!

Hari raya on Thursday??

Well, i dunt gv a damn..

sebabnye..

AKU DAH START CUTI RAYE WEH ESOKKK!!

ahaks :D

Tapi kan banyak mende weh nak settle b4 raye.. inshaAllah bakal menjelang tiba ini.

1. tudung raye belom beli lagi kott ( tudung raya? apakah???)
2. Rumah tak adjust lagi..
3. Lemang tak bakar lagi ( tak penah bakar pon.. beli je biasanya dkt gerai lemang No. 13)
4. Ketupat tak rebus lagi ( Nasi impit jer.. itu pon tak impit lagie..oppss rebus pon belom kott~)
5. Duit raya tak masuk sampul lagi
6. Langsir tak tukar lagi
7. Cushion pun tak tukar lagi
8. Kueh raya tak salin dalam balang lagi

Pergh! Busy gile!!

Anyway, saya di sini ingin menyusun jari memohon kemaafan atak segala khilaf dan tersasul tutur kata yang sengaja mahupun tidak di sengajakan.

Di harap, kita dapat meyambut Syawal kali ini dengan keberkatan, dan kemeriahan di dalam kesederhanaan.

Sebulan nafsu telah ku didik. Harapnye dapat la jadi benteng melawan hasutan2 bisa selepas ini.
hehe (^_^!) . Agak2 iman dah lemau, rajen2 kan la diri buat puasa 6.

haha;D

Ahlan Wasahlan Ya Syawal!

Friday, August 20, 2010

Kuasa ekspresi

Hari nie 1st time aku jadi proxy fiza to evaluate budak praktikal tempat aku keje buat dia punya presentation depan lecturer dia. (peh! berbelit!)

Aci buat muke garang Kublai Khan tadi.
Kecut budak tue. Haha.
Aku tanya soalan petala kelapan sket dah huru hara.
Padahal semalam dah praktis.

Gile la kuasa ekspresi !

Countdown raye

today is friday
maknenya dah sepuloh hari puasa!!
What!!
Antara tanda2 kecil kiamat : Masa seakan pendek.

O mann.. aku ibadah for the first 10 days masih lagie berada dalam gear 2..
cet!!

ayoh! accelerate. Kita dah nak sampai penghujung Ramadhan!!

Wednesday, August 18, 2010

Hari nie nak buke ape huh?

Hari nie bole la bernafas sikit..
semalam dengan kelmarin tak henti2 pergi buat visit
esok pergi kemuning pulak buat spotmap verification..
hopefully ade la tag2 tu for my reference.
tak de la aku balek in vain..

Jadi efficient ni kenkadang tak bes gak kan??
(ceh! ape hal pulak nie)
aku sort of tak de keje hari nie.. sebabnya..
bile aku schedule kan keje aku..
aku lupe nak fill-up kan keje untok hari nie..
well, sebenarnye aku ade la a few report nak buat, but the thing is
aku dah siap semalam
dang!!
apehal la semalam terlebey rajen
padah hari nie ..
heh!

ke? ko mmg under-efficient..
ko sendiri yang tataw nak buat keje ape..
org laen aku tgk sebok jer..
itu la pasal..
tapi aku tak paham gak sebenarnye ape yg diorg buat..
aku tgk macam keje2 rutin jer..
keje yang mcm key-in data (yang nie mmg aku tahu everlasting job.. mmg tak penah habes)
fiza tgh bace journal ( sebab die mmg tgh on research sekarang)
touch-up spotmap ( job nie aku mmg dah pencen lame dah..aku sub kat staff aku..hehe)
.
.
.
.
.
hari nie nak buke ape huh??

Friday, August 13, 2010

Yourself - Transfer

"This is to advice that effective from 1st September 2010, you will be trasferred to R&D Biotechnology, Biotech - Research at R&D Banting as Executive . You will report to Vice President II, Mustafa Kamal Mohamed who will brief you of your duties and responsibilities.
Except for above, your current other terms and conditon of servise remain unchanged"
Dah dapat surat transfer.
Good bye Lukut yang superbest!
Banting. here i come!! We got alot of catching up to do..~~
Huhu~~