"Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKU" - Hadis Qudsi

Friday, July 3, 2009

Allah sudah jamin rezeki kita

So, jangan risau pasal rezeki..

memberi rezeki itu kerja Allah, benar?

Kita hanya disuruh itu beribadat dan menyampaikan Islam i.e berdakwah kepada orang lain.

Firman Allah

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu" ( 51: 56 )

'So, kita tak payah kerja ke wani, beribadat sahaja?' tanya seorang kawan

wah!~ statement salah-faham.

bukan begitu, begini.. kita harus juga kerja sebab Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika dia tidak mengubahnya sendiri-pernah dengar, kan?

kawan-kawan,

kerja yang kita lakukan sebab Allah suruh, ataupun dengan bahasa lembutnya niat kerana Allah, juga adalah ibadat.

so, its count too as ibadah.

Dan , Allah juga menggalakkan kita berkerja untuk mencari rezeki.

dibawah adalah petikan dari buku Life is an Open secret: You, Me and We by Zabrina A. Bakar

Our beloved Prophet (peace be upon him) had sworn with His name:

"By Allah, if one of you were to go out in the morning and gather firewood on his back, and sell it and make himself independent, and give some of it in charity, this is better for him than his coming to a man and asking for anything, whether he gives or refuses. The upper hand is better than the lower hand, and start with those who are under you care" ( Sahih Muslim)

so, ape word2 penegas yang korang nampak menunjukkan Allah suruh kita keluar mencari rezeki??

Aku nampak

Go out- gather firewood- sell- independent

kan??

so, usaha itu perlu.

"Wani, cane kalau aku dah usaha tapi aku tak dapat ape yang aku nak?"

ok, ape yang aku nak ckp ni cam cliche, tapi cuba terima dengan hati..

Allah memang ada sesuatu rancangan yang lebih baik untuk kamu.

Benar.. sesungguhnya Allah itu Maha Perancang.

"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui (AlBaqarah:216)"

So, sabar lah..

Memang ada sesuatu yang lebih best sedang menunggu kamu berkat usaha kamu.

Allah itu Maha adil, kan? So, selalunya Allah akan balas perbuatan kamu setimpal dengan usaha kamu.

So, janganlah sedey..

"La tahzan, Innallaha Ma'ana"

Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kamu..

dan jika Allah memang sudah bersama kamu, apa lagi yang kamu nak risau-sedih-kan.. ??

betul tak??

Lagipun, sebenarnya kan.. Allah nak dengar lagi kamu mengadu dan meminta kepadaNya.

Macam sorang kekasih yang berborak dengan kekasihnya. cam tak nak lepas jer kan.. Macam kalau beborak dari malam sampai subuh pun rase cam nak borak lagi. haa.. macam tu la analoginya. Itu la tanda Allah saaayaaaang kat kita.

Maka, teruskan berdoa !!

Haa.. ade satu lagi nak share pasal doa.

haha ;D

Tahu tak sebenarnye kan,

kalau kita berdoa, dan doa kita itu Allah tak makbulkan kat dunia, nanti dekat akhirat nanti kan, Allah akan balas semuanya sekaligus sampai kita akan sangat gembira dan bila Allah da habes balas, kita akan tertanya-tanya " ni jer ke yang aku minta, hish! menyesal tak doa banyak-banyak"

Haa.. kau.. so marilah kita sentiasa berdoa - supaya tidak menyesal di kemudian hari.

owh!! tetiba teringat satu lagu dan terasa ingin menyanyi..

eherm..eherm.. testing sore~~


~~"Umat Islam harus cemerlang ..

hari ini, mesti lebih baik dari semalam..

jangan buang masa..

siapa kata kita tidak boleh ..

kita ada Allah Maha Kuasa..

Doa sebagai senjata"~~



Ps: Dan rezeki aku?? Alhamdullilah doa aku Allah terima.. aku dapat jadi management trainee kat Sime Darby, starting tis monday.. wish me, luck!! ;D